Type of diet play a crucial role in achieving and...
Read MorePerbezaan kurus dengan bimbingan penasihat pemakanan vs Diet tanpa bimbingan.
Anda dalam situasi masalah berat badan berlebihan, dan berhasrat untuk turunkan berat badan tetapi tak pasti cara berdiet untuk kurus dengan sihat dan selamat. Anda munkin sedang survey cara diet yang berkesan untuk diri anda. Anda juga munkin sedang dilema sama ada nak diet dengan cara cuba-cuba sendiri atau nak diet dengan bimbingan pakar.
Jom saya terangkan perbezaan diet
dengan bimbingan profesional vs tiada bimbingan.
Siapa Penasihat Pemakanan?
Peranan Nutritionist @ Penasihat Pemakanan kepada individu ingin turunkan berat badan.
(1) Membina Pelan SmartDiet untuk individu, berdasarkan lifecycle dan kondisi.
(2) Menjadi tempat rujukan dan motivasi.
(3) Membantu membuat meal planning yang bersesuaian. (Jawapan kepada ‘Nak makan apa?’)
(4) Melakukan dan Analisa Nutrition Assessment client
Kelebihan mendapatkan bimbingan penasihat pemakanan untuk turun berat badan
Turunkan berat badan hendaklah dilakukan secara step-by-step dan elakkan terburu-buru. Menurut kajian yang telah dijalankan rata-rata mengambil masa minima 6bulan setiap kajian. Setiap individu yang ingin kurangkan berat badan, hendaklah melalui SOP dan step yang betul agar kesihatan tidak terjejas. Turunkan berat badan sebaiknya dilakukan secara sihat, natural dan tidak menyiksa diri. Setiap Nutrtritionist ada ilmu SMARTDiet teknik yang dipraktiskan. Dengan mendapatkan bimbingan dalam perjalanan kuruskan badan, anda akan mempunyai Pelan SMARTDiet yang sesuai dengan diri anda secara individu.
Apa itu Nutrition Assessment?
Nutrition Assessment adalah pendekatan menyeluruh untuk mendiagnosis masalah pemakanan dengan menggunakan gabungan data berikut:
– Medical: Laporan Kesihatan oleh Hospital
– Nutrition: Diet History yang memberikan informasi basic dan berguna untuk membuat pelan Nutrition Intervention.
– Medication Histories: Sebarang bentuk ubat-ubatan dan rawatan yang pernah diambil.
– Physical examination: Laporan pemeriksaan fizikal
– Anthropometric Measurement: Body Composition measurement mempengaruhi penilaian status.
– Laboratory Data: Sebarang bentuk laporan mengenai status kesihatan seseorang, contoh: Health-Screening Report
Bagaimana ia membantu perjalanan turun berat badan seseorang, dan kenapa nutritionist menggunakan ini?
Dengan menggunakan seberapa banyak sumber laporan assessment yang ada, nutritionist akan menganalisa apakah intervensi utama yang perlu dilakukan dan bersesuaian dengan individu dalam process penurunan berat badan. Bagi individu yang sihat dan tiada masalah kesihatan, biasanya Nutrition Assessment dan Anthropometric Assessment akan digunakan. Adalah amat penting bagi nutritionist untuk melakukan sekurang-kurangnya satu assessment dalam melakukan pelan nutrition intervention kepada individu.
Adakah penting melakukan Nutrition Assesment dalam process menurunkan berat badan?
Bagi seseorang yang ingin menurunkan berat badan, semestinya ingin melihat progress dan result yang positive. Timbang berat semata-mata adalah tidak relevan. Status keseluruhan juga amat penting bagi menilai sebarang perubahan dalam SMARTDiet.
Dengan laporan assessment yang ada dan beberapa teknik screening, seorang nutritionist dapat mengenal pasti antara punca kenaikan berat seseorang. Pelbagai bentuk solusi dapat dibuat, dan langkah demi langkah dapat dibuat dari masa ke masa sepanjang perjalanan penurunan berat badan.
Di dalam perjalanan turun berat badan, amat penting untuk seseorang itu kekal motivasi dan tidak mudah berputus asa. Dengan menggunakan khidmat seorang personal Nutritionist, boleh memberikan konsistensi kepada semangat seseorang sehingga mencapai sasaran berat yang diinginkan.
Andai sakit, jumpa doctor. Andai nak kurus, jumpa nutritionist. Sekiranya anda ingin perjalanan turun berat badan bersama pakar, boleh dapatkan khidmat nutritionist. Terutamanya sekiranya anda ada kondisi seperti overweight, obesity, diabetes, sakit lutut, darah tinggi, dan lain-lain berkaitan kesihatan yang memerlukan pemantauan. Dengan adanya Nutritionist, bukan hanya dapat membantu melakar perjalanan diet tetapi juga boleh bersama anda dalam perjalanan mencapai sasaran berat.
"Kajian mendapati mengamalkan diet sihat adalah yang terbaik dalam proses menurunkan berat badan."
Apa terjadi sekiranya diet tanpa bimbingan penasihat pemakanan
Anda munkin akan mudah berputus asa disebabkan kurang motivasi.
#2
Kekuranggan motivasi disebabkan tidak nampak result dengan jelas
#3
Menggunakan teknik yang tidak bersesuaian dan tidak pasti prosess mendapatkan result
#4
Berhenti separuh jalan disebabkan berputus asa.
Share This Story
References:
1. Kementerian Kesihatan Malaysia Website
2. J. -H. Hsiao and H. Chang, “SmartDiet: A personal diet consultant for healthy meal planning,” 2010 IEEE 23rd International Symposium on Computer-Based Medical Systems (CBMS), 2010, pp. 421-425, doi: 10.1109/CBMS.2010.6042681.
3. Charney, Pamela. (2008). Nutrition Screening vs Nutrition Assessment: How Do They Differ?. Nutrition in clinical practice : official publication of the American Society for Parenteral and Enteral Nutrition. 23. 366-72. 10.1177/0884533608321131.
4. American Diabetes Association; Evidence-Based Nutrition Principles and Recommendations for the Treatment and Prevention of Diabetes and Related Complications. Diabetes Care 1 January 2002; 25 (suppl_1): s50–s60. https://doi.org/10.2337/diacare.25.2007.S50
More Blogs
10 Simple Habits to Kickstart Your Weight Loss Journey
You’re struggling with weight loss? Are you tired of struggling...
Read MorePerbezaan Turunkan Berat Badan dengan bimbingan penasihat pemakanan vs Tanpa bimbingan.
Perbezaan kurus dengan bimbingan penasihat pemakanan vs Diet tanpa bimbingan....
Read More