Pilihan Beras Selain
Beras Putih

rice, white rice, korea-3997767.jpg

Seperti yang saya jawab di instagram, ramai yang bertanya apa pilihan lain selain white rice? Dan di sini saya berikan lebih detail mengenai 3 contoh beras yang sering di suggest oleh pakar.

3 pilihan beras selain beras putih :

selain beras putih
Jom lihat satu persatu :

1. Brown rice – Dari segi kalori, brown rice dan white rice tak berbeza, similar calorie. Perbezaan yang ketara adalah dari segi nutrients, fiber dan glycemic index brown rice memberi lebih banyak manfaat terutama kepada golongan diabetic & obesity. Hasil kajian menunjukkan bahawa brown rice give 23.7% lower sugar release in blood di mana ia nya sangat membantu agar tiada kenaikan kadar gula yang mendadak selepas makan. Kadar fiber yang lebih tinggi dalam brown rice menyebabkan glycemic index brown rice lebih rendah. Kajian juga menunjukkan kadar glycemic dalam kalangan diabetic menurun sebanyak 35% selepas makan brown rice berbanding white rice. Oleh itu, kebanyakkan pakar suggest brown rice kepada golongan yang perlu kawal kadar gula dalam darah (diabetic). Untuk golongan yang normal, kenaikkan kadar gula yang laju selepas makan akan mengakibatkan kadar penurunan gula yang laju selepas sesuatu masa dan menyebabkan seseorang itu cepat lapar, dan lapar yang sukar dikawal lalu mengakibatkan makan lebih banyak. Tetapi, brown rice sering di-reject oleh sesetengah orang kerana baunya yang tidak sewangi white rice dan warnanya yang kurang menarik

2. Basmathi rice – Dari segi calori, white rice dan basmathi rice tiada banyak perbezaan. Starciness of basmathi rice lebih rendah berbanding white rice menyebabkan glycemic index basmathi rice lebih rendah berbanding white rice. Ia menjadikan basmathi adalah pilihan lebih better dari white rice biasa. Kajian menunjukkan glycemic index boleh diturunkan lagi dengan menggunakan teknik resistant rice cooking method. Dimana nasi yang dimasak, dibiarkan sejuk semalaman dalam peti ais sebelum dihidangkan.

3. Parboiled rice – Ada sesetengah parboiled rice mengandungi calori yang lebih rendah. Boleh rujuk nutrition label beras ketika hendak membeli beras. Parboiled rice ini tidak semestinya basmathi sahaja ada juga beras biasa yang menggunakan teknik parboiled. Parboiled rice mengandungi lebih fiber content berbanding white rice. Teknik parboiled menyebabkan glycemic index parboiled rice lebih rendah berbanding beras-beras yang lain. Walaupun wangian tak sama seperti white rice, tetapi ia boleh jadi alternative yang baik sekiranya tekak tak boleh terima brown rice.

Persoalannya, adakah white rice ni menyumbang kepada kenaikan berat badan?
Jawapannya ya dan tidak. Saya akan rungkaikan lagi di next blog. Boleh follow instagram dan facebook saya untuk lihat update terbaru.

References:

Panlasigui, L. N., & Thompson, L. U. (2006). Blood glucose lowering effects of brown rice in normal and diabetic subjects. International Journal of Food Sciences and Nutrition, 57(3–4), 151–158.

Kaur, B., Ranawana, V., & Henry, J. (2015). The Glycemic Index of Rice and Rice Products: A Review, and Table of GI Values. Critical Reviews in Food Science and Nutrition, 56(2), 215–236. https://doi.org/10.1080/10408398.2012.717976

Kale, S., Jha, S., & Nath, P. (2017). Effects of variable steaming on chemical composition, starch characteristics, and glycemic index of basmati (Pusa Basmati 1121) rice. Journal of Food Process Engineering, 40(6), e12567. https://doi.org/10.1111/jfpe.12567

Other Blogs